May 11, 2005

Motivasi Diri 5: Nilai emas dan manusia

Melihat emas. Cantik, mahal, berharga, kesayangan..bla.bla. Mengapa emas cantik dan digilai?? Yea,emas itu cantik sebab fitrahnya begitu dan manusia pula adalah insan haq yang tak pernah menafikan kebagusan emas.

Emas yang mulanya biasa-biasa tu, dah jalani macam-macam proses sebelum dibentuk jadi emas. Tahukan? Yea, dengan api, bara. Diketuk, dilekuk..sampai jadi emas. Emas yang orang gilai. Harga emas jangan cerita lah.

Analogi yang aku nak kongsikan adalah tentang nilai emas dan nilai seseorang. Apa kaitannya??

Yea, cuba lihat manusia. Apa ciri-ciri yg patut ada untuk klasifikasikan manusia sebagai manusia yang baik? Yang bagus? Erm..aku bukan cite ttg kaya atau cantik. Kita fokus pada nilai seorang manusia. Nilai dalaman: akhlak dan peribadi. Pernah kan aku katakan, peribadi refleksi hati?

Jika kalian pandang seseorang, pernah tak terfikir "Wah!! Baguslah dia ni" pernah tak?? Jadi inilah dia. Kita nak melihat korelasi antara emas dan seorang manusia yang mahal harganya. Keduanya punya kesamaan. Aku ulang, nilai yang tinggi.

Apa yang membuatkan seseorang itu punya nilai diri yang tinggi. Cuba lihat emas. Kita dah tau kan prosesnya. Jadi cuba pula alihkan mata pada manusia. Manusia ini bila dikatakan bernilai, mereka adalah yang golongan yang telah banyak menghadapi ujian. Yea, ujian. Bagai api besar yang membakar emas, begitu juga manusia yang dilanda dengan sesuatu yang perit, yang sakit.

Pendek cerita, emas jadi tinggi nilainya sebab ia dibakar, diuji dengan api. Manusia pula tinggi nilainya kerana ia dah hadapi pelbagai macam ujian dalam hidup. Nah! Nampakkan sekarang, bagaimana keduanya akan berakhir dengan ketinggian??

Manusia..tanpa ujian tak jadi apa. Pernah aku katakan dulu, dengan menghadapi kesukaran, seseorang bisa menjadi insan yang tabah. Dia kuat. Dia takkan menangis bila ditimpa musibah. Bila seseorang dilanda bala dan dugaan, dia akan belajar menghadapi keriuhan hati yang gundah. Dia bisa menghadapi apa jua di masa depan sebab silam lampaunya memeritkan..

Ya, disitulah yang aku maksudkan nilai seseorang manusia yang bisa tinggi dan cantik macam emas. Keduanya hadapi sakit dan kesukaran sebelum muncul sebagai entiti yang unik dan cantik. Orang suka, orang respek.

Manusia yang tabah, dia bisa mendorong diri dan orang lain. Orang yang tinggi nilainya bisa mengemudi mehnah dengan senyum sebab dia tahu akibat bersabar dan menerima sesuatu dengan hati terbuka. Bila Tuhan mengatakan kehadiranNYa beserta insan yang sabar, Nah! Naik lagi darjat insan yang sabar. Tinggi lagi nilai orang yang diuji. Bersabar dan jadi insan yang kuat dalamannya.

Aku katakan minda positif bisa mengawal setiap tindakan. Tindakan pasti positif jua. Tekad dan percaya pada diri, setiap halangan itu berhikmah. Itu semua kisah dan bait utk orang yang tinggi nilainya, macam emas. Cantik, bernilai, berharga..orang suka dan Tuhan kasih.

No comments: